Khamis, 14 Jun 2007

Extravaganza!! Petua Di Dapur..

Nasi Hangit
Cara mengatasinya, ambil dua atau tiga ulas bawang merah dan hiris. Masukkan ke dalam periuk nasi yang berisi nasi hangit tadi. Tutup dengan tudung nasi selama 2 ke 3 minit... Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

Masakan Termasin
Potong kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan. Setelah kentang lembut, keluarkan semula.

Melembutkan Cucur
Bagi anda yang jarang membuat cucur, ini ada petua bagi melembutkan cucur. Pastikan anda membancuh tepung gandum dengan air suam. Kacaukan sehingga sebati. Dengan cara ini, cucur yang anda masak lebih lembut sesudah dimasak dan tetap lembut walaupun telah sejuk.

Memekatkan Sup
Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup, masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek ke dalam sup yang cair tadi.

Tiga Rumah Sembelih Di Australia Dapat Kelulusan JAKIM


April 14, 2006 21:54 PM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tiga rumah sembelih lembu di Australia mendapat status penyembelihan dan pemprosesan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkuatkuasa 6 April lalu setelah didapati memenuhi syarat kepastian kualiti dan keselamatan makanan.Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Datuk Mustapa Abd Jalil berkata ketiga-tiga rumah sembelih itu mampu memenuhi keperluan dan permintaan daging lembu Australia untuk pasaran tertentu dalam negara setelah import daging Australia dihentikan sejak 4 Jan lepas kerana status penyembelihan dan kehalalannya diragui."Purata keperluan daging lembu Australia (di Malaysia) hanyalah dalam lingkungan 6,000 ke 8,000 tan metrik setahun. Oleh itu tidak akan timbul masalah kekurangan bekalan daging dan organ bahagian dalam lembu Australia di dalam negara," katanya dalam satu kenyataan di sini.Tiga rumah sembelih itu ialah Stanbroke Beef Pty Ltd, Queensland; Tasman Group Services, Brooklyn, Victoria dan Novic Food Processing, Wodonga, Victoria.Beliau berkata produk keluaran rumah sembelih berkenaan yang diluluskan adalah karkas daging, keratan daging, organ bahagian dalam (hati, limpa, paru-paru, jantung) dan lemak yang boleh dimakan.Mustapa berkata pengimportan daging lembu, organ bahagian dalam dan lemak dari Australia telah dihentikan sebelum ini kerana tidak dapat mematuhi syarat Jakim berikutan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang kaedah "stunning" yang diamalkan rumah sembelih di Australia tidak memenuhi syarat penyembelihan halal.Katanya kelulusan itu diberikan setelah pegawai JPH dan Jakim membuat lawatan ke negara itu bagi menyaksikan penyeliaan penyembelihan halal itu.Sementara itu, dua buah rumah sembelih lembu di Amerika Syarikat juga memenuhi syarat kepastian kualiti dan keselamatan makanan serta mendapat status penyembelihan dan pemprosesan halal Jakim berkuatkuasa 13 Feb lalu.Rumah sembelih itu ialah Strauss & Lamb, Franklin, Wisconsin dan J.F O'Neil Packing, Nebraska.Beliau berkata rumah sembelih itu mampu memenuhi keperluan dan permintaan daging lembu Amerika untuk pasaran tertentu dalam negara kerana purata keperluan daging lembu dari negara tersebut hanyalah dalam lingkungan 340 tan metrik setahun.Pengimportan daging halal dari Amerika dihentikan sejak 23 Dis lalu berikutan penyakit lembu gila yang berlaku di negara tersebut."Pengimportan daging dari negara itu yang dibenarkan ialah daging lembu tanpa tulang dengan tonsil dan distal ileum, otak dan saraf tunjang dibuang," katanya.-- BERNAMA

Petua Di Dapur

Melembutkan Daging lembu
Untuk melembutkan daging lembu yang hendak dimasak. Ambil beberapa helai daun nangka muda dan rebus bersama dengan daging lembu yang hendak dimasak. Rebus sehingga mendidih lebih kurang 30 minit. selepas itu barulah dimasak mengikut citarasa anda.

Hilangkan Bau Hamis Daging
Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.

Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing
Setelah dihiris daging itu, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biar selama 20 min. Bersihkan kemudian lumurkan pula dengan jus limau nipis atau lemon biar rata (tidak perlu terlalu banyak). Biar 30 min kemudian bersihkan dan sejatkan hingga daging betul-betul kering. Anda boleh juga masukkan 2-3 helai daun pandan di dalam masakan untuk menambahkan bau harum








Rabu, 13 Jun 2007

Ape yang perlu kite amik tau untuk beli dan pilih daging..?

Bende nih dalam BI, jadi korg pandai2 lah translate yek.. ala.. kacang je, ayat tadika..
  • Select beef last when shopping to ensure that beef stays cold as long as possible until you get home.
  • Choose beef with a bright cherry-red color, without any grayish or brown blotches. A darker purplish-red color is typical of vacuum-packaged beef. Once exposed to oxygen, beef will turn from a darker red to bright red.
  • Fresh ground beef does go through a number of color changes during its shelf life. These color changes are normal, and the ground beef remains perfectly wholesome and safe to eat if purchased by the "sell by" date on the package label.
  • A package of ground beef may appear bright red on the surface, where it is exposed to oxygen through the permeable plastic wrapping, while the interior, where oxygen is absent, remains purplish-red. With extended exposure to oxygen, beef's cherry-red color will take on a brown color.
  • Choose packages that are cold, tightly wrapped and have no tears or punctures. Be sure the packages do not contain excessive liquid, an indication of temperature abuse or excessive storage. For vacuum-packaged beef, be sure that the seal has not been broken and that the package is not leaking.
  • Choose steaks, roasts and pot roasts that are firm to the touch, not soft.

Kalo tak tau dan tak faham gak, tak tau ler nak ckp ape.. nih sume cara2 yg asas je.. kompem korg blh petik jari jer..

Sabtu, 9 Jun 2007

Pusat Pengeluaran Daging Terunggul

Projek NS Beef Valley di kawasan seluas 4,000 hektar di Gemas bakal muncul sebagai salah satu pusat pengeluaran daging dan tenusu terunggul di negara ini, kata Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Sembilan, Dr Majid Awang.Beliau berkata, projek itu yang membabitkan kos RM37 juta dijangka dilancarkan Ogos ini bertujuan menghasilkan 5,120 tan metrik daging lembu, 2,070 tan daging kambing serta 10.73 juta liter susu setahun menjelang 2010.Menurut Dr Majid, pembangunan Beef Valley merangkumi pembangunan pusat ternakan haiwan Jelai-Gemas di kawasan seluas 400 hektar bagi pengeluaran lembu jantan dan lembu betina untuk pembiakan, memantapan ternakan lembu dan kambing secara integrasi di Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Rembau, serta pembangunan semula dan pewartaan padang ragut.Beliau berkata, pembangunan itu membabitkan lima komponen termasuk pembangunan ladang ternakan yang membabitkan lembu jantan untuk daging, lembu dara untuk pembiakan, lembu tenusu, kambing pembiak, kambing ‘fidlot’, kambing tenusu dan rusa.Komponen lain ialah pembangunan kawasan tanaman rumput, pusat perkhidmatan dan agro-pelancongan yang membabitkan pembinaan sebuah rumah kelab bagi tujuan pelancongan, kemudahan asas infrastruktur dan kemudahan industri hiliran, katanya.Dr Majid berkata, “Bagi industri hiliran kita bercadang untuk mengadakan pusat jualan baja organik, rumput kering, industri kulit, industri pemprosesan produk tenusu dan daging serta gelatin halal. Para pengusaha yang ingin menyertai projek Beef Valley ini, sama ada individu maupun syarikat perlu memohon kepada jawatankuasa tekinikal projek, yang mana permohonan itu akan diteiliti oleh jawatankuasa penilaian diketuai Unit Perancang Ekonomi Negeri.“Antara kriteria pemilihan penyertaan di kalangan syarikat, ia mestilah sebuah syarikat sendirian berhad, berpengalaman menjalankan perniagaan khususnya perniagaan ternakan, mesti mempunyai tenaga profesional yang pakar dalam penternakan dan 30 peratus ekuitinya milik Bumiputera.” Hala tuju pembangunan industri ternakan di Negeri Sembilan kini berubah dari hanya mengeluarkan ternakan dan produk haiwan kepada pengeluaran makanan berasaskan haiwan dari ladang sehingga disediakan untuk jamuan, katanya.

Disunting dpd Utusan Malaysia, 27 Julai 2005

Khamis, 7 Jun 2007

Petikan Dari PPIM..

TERJEMAHAN DARIPADA ARTIKEL " ARE WE EATING HALAL MEAT ?"-ADAKAH KITA MEMAKAN DAGING YANG HALAL?

Dengan tamatnya MIHAS 2007, kekalutan dan keseronokan yang dirasai selama seminggu telah berlalu di Malaysia tetapi penghayatannya akan berterusan di lain negara di merata pelusuk dunia. Setelah berehat buat seketika, bolehlah kita merenung kembali detik-detik menarik yang terjadi dan menghisab apakah kejayaan yang telah dicapai dan apa yang tidak. Minggu Halal di Malaysia bermula dengan dua hari Forum Halal Sedunia, dan lima hari pameran Halal Antarabangsa iaitu pameran produk halal antarabangsa yang terbesar di dunia. Setelah kejayaan tahun lepas, Forum Halal Sedunia berjaya mengumpul sekali lagi, pemacu industri utama makanan, di dalam usaha menjana industri yang berkaitan, kepada penggubalan satu piawaian halal sedunia yang seragam. Penganjur utama Kaseh Dia patut dipuji kerana pengendalian yang cukup profesional dan komitmen mereka mempromosi halal sebagai satu cara hidup dan tenaga pasaran global di dalam suasana dunia semasa yang tidak begitu selesa. Kita ucapkan tahniah dan terima kasih di atas pengendalian yang sangat tersusun dan percetakan Halal Journal dan Halal Food Guide Series yang bertaraf unggul
Projek seperti ini pasti akan menjadi peransang kepada anjakan industri halal ke aras global dan kita berbangga kerana ia buatan Malaysia. Namun, kami berharap kita akan dapat melihat penyertaan yang lebih banyak dari pihak usahawan Islam dan para ilmuan fiqh dan sains yang berkecuali, yang menghargai halal sebagai konsep Islam yang unik bagi membentuk industri halal dunia - bukan sahaja penyertaan daripada agensi-agensi syarikat antarabangsa dan pensijilan. Masa bersejarah bagi mewujudkan piawaian halal sedunia ini sepatutnya diwakili semua mazhab agama Islam yang utama, di dalam usaha melahirkan satu piawaian unggul, yang bukan sahaja diterima oleh ummah, tetapi mengatasi kewibawaan semua piawaian yang sedia ada untuk melengkapi keperluan kemanusiaan sejagat dari segi manafaat, keselamatan dan kesusilaan. Kita doakan Forum Halal Sedunia berjaya di dalam usaha menyebarkan dan mengharmonikan industry halal sedunia. Di sini kami juga ingin berkongsi pendapat berkenaan dengan piawaian halal sedunia yang menjadi tema utama forum tersebut Kami di PPIM sangat mengalu-alukan agenda ini, tetapi berpendapat bahawa penggubalan Piawaian Halal Sedunia sebaik baiknya dilakukan berperingkat-peringkat. Ini adalah kerana, sehingga ke hari ini, adalah terlalu sukar untuk mendapat kata sepakat daripada semua dunia Islam bagi melahirkan satu piawaian pemakanan halal sedunia untuk keseluruhan industri pemakanan kerana ia mencakupi berbagai-bagai bidang yang terlalu luas. Ini belum lagi mengambil kira aspek kepenggunaan barang-barang bukan makanan. Perkembangan pesat di dalam bidang pertanian, teknologi pemakanan dan industri kimia di dalam 100 tahun ini, telah melahirkan banyak bahan dan ramuan makanan yang tidak dapat dipastikan oleh pakar sains sendiri, mahupun tentang asal usulnya atau tentang kesannya dari segi kesejahteraan dan kesihatan manusia. Begitu juga persoalan dari segi kewangan. Boleh dikatakan kebanyakkan daripada modal perniagaan hari ini berpunca dari sumber yang berlandaskan riba. Walaupun datangnya daripada sumber yang kononnya bersasaskan sistem kewangan Islam, riba tetap berlaku. Oleh itu, pada pandangan kami walaupun seratus kali lagi Forum Halal diadakan, namun kita tidak akan dapat mewujudkan satu Piawaian Halal Sedunia yang menyeluruh. Oleh yang demikian, pada pendapat kami, satu cara yang paling praktikal untuk mengharmonikan pasaran halal sedunia, adalah mengecilkan fokus perbincangan daripada Piawaian Halal Sedunia, kepada Piawaian Daging Halal Sedunia sahaja dahulu, sebagai Fasa/Peringkat N1. Marilah kita menghuraikan permasalahan produk yang terpenting di dalam rangkaian pemakanan halal. Daging merupakan sumber terbaik protein dan zat besi iaitu dua elemen yang asas bagi kesejahteraan manusia. Hukum Allah SWT adalah jelas mengenai daging yang halal dan terdapat persetujuan yang menyeluruh daripada semua orang Islam tentang bagaimanakah yang dikatakan daging yang halal. Namun kenapa adanya ketidak-sefahaman tentang cara penyembelihan binatang ternakan? Jika kita melihat secara terperinci, tidak terdapat pun perbezaan pendapat dan kefahaman dari segi hukum di dalam perkara ini. Perbezaan hanya terdapat pada tahap sikap bertolak ansur sahaja. Umpamanya stunning binatang ternakan sebelum penyembelihan tidak dipersetujui oleh setiap orang Islam yang mengetahui bagaimanakah stunning dilakukan, samada secara mekanikal atau elektrikal. Tetapi sesetengah pakar ilmuan dan badan pensijilan membenarkannya kerana mereka tidak ada pilihan walaupun mereka sendiri tidak bersetuju. Kata seorang pegawai kerajaan “Jika kita mengharamkan ‘stunning’, nescaya kita akan mengalami kekurangan bekalan daging untuk rakyat, kerana import utama daging lembu di Malaysia adalah daripada Australia dan New Zealand yang mewajibkan stunning.” Oleh yang demikian, seperti kata seorang pegawai di dalam Forum Halal itu, “pengguna Islam, sepatutnya buat kajian, dan buktikan bahawa cara penyembelihan ‘conventional’ mengikut syariat Islam yang sebenar, adalah yang teragung dari mana-mana cara baru yang diperkenalkan sekarang, dari segi paras kesakitan terhadap binatang dan pembiakan kuman ke atas daging.” Namun ada pula seorang pakar ekonomi makanan yang berpendapat “Jika kita mengharamkan stunning, kita tidak akan berpeluang mengeksport daging ke luar negeri terutama ke negara-negara Europa dan harga daging yang diimport akan naik”. Dan ada juga pengusaha daging Australia yang mencabar “Orang-orang Islam cubalah adakan rumah sembelihan alternatif yang boleh menandingi produktiviti dan kebersihan yang kami ada!” Kalau begitu, oleh kerana kerajaan kita khuatir pengguna Islam akan kelaparan kerana kita tidak dapat membuktikan bahawa sunnah Rasulullah SAW di dalam memperlakukan penyembelihan adalah lebih baik daripada cara barat, dan oleh kerana kita tidak akan berpeluang memasuki pasaran dunia barat sepertimana objektif “Halal-Hub” – maka kesucian syariat yang berusia lebih 1400 tahun kini di korbankan dengan begitu mudah! Apakah pendapat kami, yang begitu ‘emotional’ ini ? Pertamanya, kami lihat jalan penyelesaian bukan telah tertutup rapat, kerana sebenarnya di Australia bukan tidak boleh menyembelih tanpa stunning. Kami diberitahu oleh Mr Mohamed Rahman, CEO kepada Australian Federation of Islamic Counsel (AFIC) iaitu sebuah badan pensijilan yang berwibawa di Australia, terdapat satu clausa di dalam undang-undang Australia jika digunakan dengan betul, membolehkan penyembelihan tanpa ‘stunning’. “Ia terpulang kepada kehendak pembeli yang akan menentukan samada binatang ternakan itu di ‘stun’ atau tidak. Umpamanya kaum yahudi di Australia diberi kebenaran untuk menyembelih binatang tanpa ‘stunning’ dan menjual dagingnya tanpa apa-apa sekatan.” Dan “kami tidak mahu lembu-lembu itu di ‘stun’ tetapi kami masih memberi sijil halal kepada daging yang di ‘stun’ untuk Malaysia kerana Malaysia membenarkannya”. “Tetapi jika sekiranya Malaysia mensyaratkan tanpa ‘stunning’, kami tidak akan teragak-agak untuk memberhentikan pemberian sijil halal kepada pusat penyembelihan yang menggunakan kaedah ‘stunning’,” beliau menambah. Pernyataan tersebut di atas boleh diyakini, kerana Mrs Normah Jamil, Pemangku Pengarah Pertanian Brunei juga merujuk kepada clausa tersebut. Beliau memberi tahu bahawa Standard Halal Brunei hanya membenarkan ‘stunning’ secara mekanikal untuk lembu, dengan syarat tengkorak lembu masih sempurna dan lembu masih hidup sebelum disembelih. Tetapi ‘stunning’ untuk ayam/itik tidak debenarkan sama sekali. “Oleh kerana syarat seperti itu tidak dapat dipenuhi secara berterusan, maka Australia mengeksport samada daging yang tidak melalui proses ‘stunning’ atau lembu hidup kepada kami” kata Mrs Normah dengan bangganya. Kedua, kaedah ‘stunning’ telah di ketengahkan kononnya kerana mengambil kira kebajikan binatang ternakan, bermula daripada kandangnya, kepada masa penyembelihannya. Patut diingati bahawa kaedah ‘stunning’ baru digunapakai pada persekitaran abad ke 20an sebagai satu alternatif kepada adab penyembelihan kaum Islam dan yahudi dan pada masa itu proses ‘stunning’ hanya menggunakan “captive bolt”. Ahli pertubuhan pelindung binatang mengisytiharkan penyembelihan melalui amalan agama adalah kejam dan ‘stunning’ adalah lebih berprikemanusiaan dari segi kesakitan dan ketakutan haiwan yang disembelih. Dengan lain perkataan, mereka mengatakan bahawa cara penyembelihan Rasulullah SAW tidak baik dan mereka ada cara yang lebih baik. Tetapi ajuan seperti ini telah lama di cabar oleh para ilmuan yang berwibawa dari golongan mereka juga. Se awal tahun 1927 lagi saintis German, Bogart bersama kumpulannya telah mengetuai satu kajian yang menyeluruh terhadap penyembelihan lembu-lembu dan kesimpulan yang telah di buat ialah penyembelihan mengikut peradaban agama tidak sedikitpun menunjukkan kesan kekejaman. Spoerri yang merupakan sarjana ilmuan dari Eropah membawa kepercayaan yang sama pada tahun 1964. Setelah beliau membuat kajian tentang upacara pemyembelihan keatas 50 ekor haiwan di bawah peraturan makmal beliau berpendapat iaitu : upacara penyembelihan agama tidak menyebabkan lebihnya kesakitan berbanding penyembelihan selepas elektrik., gas atau ‘captive bolt stunning’. Berikutan itu, lebih banyak keputusan daripada kajian sains telah diperolehi dengan menggunakan kaedah electroencephalogram (EEG) berpandukan fungsi otak dan electrocardiogram (ECG) berpandukan fungsi hati sewaku kedua-dua kaedah penyembelihan tersebut dijalankan. Pada setiap kes, keputusan yang diperolehi adalah sama iaitu : 1 - EEG merekodkan gangguan yang dahsyat selepas ‘stunning’ manakala tidak terdapat perubahan bacaan di mesin semasa proses penyembelihan biasa. 2 - Bacaan pada garisan kosong di EEG (tahap kehilangan kesedaran) telah dikenalpasti lebih awal pada kaedah penyembelihan tanpa ‘stunning’. 3 - Frekuensi degupan jantung naik secara mendadak selepas ‘stunning’ manakala di dalam penyembelihan conventional, frekuensi degupan jantung berlaku dengan perlahan. Dan 4 - Kekejangan yang berlaku kepada tubuh badan adalah lebih lama pada haiwan yang telah melalui proses ‘stunning’. Persoalannya, adakah JAKIM dan para ilmuan yang berkaitan yang telah mengesahkan dan membenarkan kaedah ‘stunning’ tahu tentang semua pendapat kajian ini? Atau sudahkah mereka menjalankan kajian sendiri sebelum mengumumkan cara baru penyembelihan halal? Bukankah ia merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab jika membuat kenyataan selama ini ‘kita tidak menggalakkan kaedah ‘stunning’ disebabkan kurangnya fakta sains’ tetapi dalam masa yang sama membenarkan penjualan daging-daging yang diragui kehalalannya? Tidakkah sepatutnya kerajaan kita memberi bantuan kewangan kepada para saintis dalam bidang veterinary dan mikrobiologi untuk membuat kajian terperinci tentang kesan kebajikan atau sebaliknya ke atas haiwan dari kaedah ‘stunning’, menentukan kualiti daging itu, dan hanya membenarkan kaedah ‘stunning’ selepas ia disahkan oleh para saintis tersebut? Sebagai pengguna Islam tidakkah kita terkejut apabila kita disuruh oleh pihak berkuasa yang terlibat dan pengimport daging jutawan (yang kebanyakkannya bukan Islam) supaya bertenang, pelajari Fiqh dan sains dan seterusnya cuba fikirkan kaedah penyembelihan alternatif ! Adakah kita sebagai pengguna Islam berminat untuk melakukan stunning kepada haiwan ternakan dan adakah kita mesti membuktikan keunggulan syariat kita secara saintifik terutamanya kepada orang bukan Islam ? Kita diarahkan untuk memakan daging haiwan ternakan yang sihat, yang diberi makanan rumput segar, disembelih oleh penyembelih Islam yang baligh, berakal / profesional dan yang melakukannya kerana Allah; kita tahu ini adalah halal. Kita bukan menidakkan perkembangan sains tetapi patut mengambil langkah berhati-hati dengan sains yang bermotifkan keuntungan material yang selalunya membawa kepada kebinasaan. Jika pertubuhan bukan Islam yang menerajui kebajikan haiwan mahukan kaedah ‘stunning’, ‘thoracic sticking’, mesin penyembelihan, makanan berprotein dari sumber binatang, penyuntikan hormone dan sebagainya, biarkan mereka dan semoga mereka berjaya. Tetapi apabila mereka menjual hasil tersebut kepada kita, adalah menjadi tugas mereka untuk meyakinkan kita tanpa sebarang keraguan bahawa teknologi mereka adalah Halal dan Toyyib. Dan juga, cara yang paling meyakinkan kita tentang ‘kebaikan’ kaedah ‘stunning’ ialah, dengan menggantung diri mereka dan merendamkan kepala mereka pada bekas yang berkuasa elektrik yang rendah, sepertimana dilakukan terhadap ayam-ayam. Kita akan mengetahui kebenarannya selepas mereka bangun dari pengsan ! Bagi masalah kebuluran pula, tugas pihak berkuasa agama kita bukanlah merisaukan tentang cukup atau tidaknya pengambilan daging untuk setiap rakyat, tetapi menjaga shariah. Kita lebih sanggup kurang memakan daging asalkan kita benar-benar yakin Halal dan Toyyib; kita tidak akan kelaparan kerana banyaknya makanan laut, lain-lain ternakan, sayur-sayuran dan lain-lain pemakanan. Kekurangan daging akan secara semulajadi merangsang industri tempatan dan memberi peluang kepada industri luar yang tidak bermotivasikan ketamakkan. Kita diberitahu bahawa pengeluar daging daripada Cina menggunakan kotak berpusing tanpa ‘stunning’ ia itu sama saperti kaedah yang digunakan oleh yahudi di dalam penyembelihan Kosher. Syarikat Allana, pengeluar daging kerbau yang terbesar di India, juga tidak menggunakan ‘stunning’. Walaubagaimanapun, jika kita terpaksa mengimport daging, kita mencadangkan agar rumah penyembelihan, gudang pembekuan, perkhidmatan pengangkutan di dalam negara itu, di miliki (atau sekurang-kurangnya sebahagian) dan diusaha oleh orang Islam, untuk mempastikan kualiti halal dalam jangka masa yang panjang dan berterusan. Sekadar melantik pertubuhan Islam yang hanya memantau dan mengeluarkan pensijilan halal terhadap proses penyembelihan adalah tidak mencukupi. Kerap kali kita mendengar tentang kes di mana pengusaha bukan Islam tidak mematuhi peraturan shariah, walaupun pada masa pensijilan mereka melaksanakannya dan layak memegang sijil halal; tetapi selepas peringkat pengawasan, haiwan ternakan itu disembelih oleh orang bukan Islam, mereka memutuskan saluran darah dengan berlebihan, mencampurkan daging halal dan haram, menyembelih tanpa Basmallah / Tasmiyah ( Bismillahi Allahu Akbar) atau menggunakan pita rakaman untuk Basmallah. Sebenarnya terdapat ramai individu Islam yang terkenal di Australia, New Zealand, negeri Cina atau India yang boleh dipercayai untuk mengambil tugas mengawal “Halal Assurance System” - penyembelihan, penyimpanan, dan pengangkutan ke pelabuhan. Kerajaan kita boleh menolong saudara seIslam di negara bukan Islam untuk mewujudkan pusat penyembelihan sebagai joint-venture dan yakinlah bahawa tindakan sebegitu akan membawa keberkatan dan kita akan mendapat kepastian tentang status halal daging yang diimport itu. Kami percaya lesen untuk mengimport daging halal patut diberi hanya kepada orang Islam. Yang penting, “HALAL”, merupakan satu akad dan tanggungjawab peribadi seseorang Islam kepada orang Islam lain, berasaskan kepercayaan sesama Islam. Ia boleh tercapai dengan syarat, di setiap rangkaian proses itu adalah orang Islam juga. Semestinya pula, pengerusi serta semua jawatankuasa halal juga adalah orang Islam. Setakat mana kita boleh mempercayai pengusaha bukan Islam yang membuat pernyataan kononnya ‘thoracic sticking’ hanyalah akan dilakukan selepas haiwan itu mati? Kita tidak boleh terima jika Pengerusi Persatuan Industri Daging Halal Australia bukan seorang Islam dan menjadi jurucakap pula dalam bidang tersebut di Forum Halal Sedunia. Jika kita membenarkan perkara sebegini berlaku, kita akan melihat orang bukan Islam mengesahkan pensijilan halal tidak lama lagi. Kemana perginya maruah kita dan kemana arah yang kita tuju ? Kami di PPIM nekad untuk melihat sendiri dengan mata kasar bagaimana kaedah ‘stunning’ dijalankan. Walaupun kaedah ini tidak masyhur di Malaysia, sesetengah pusat penyembelihan ada menggunakannya. Kami berpeluang melawat rumah penyembelihan terbesar di Shah Alam, Selangor and terkejut melihat lembu-lembu besar digelincirkan rebah ke bawah, selepas melalui kotak ‘stunning’. Badan dan kaki mereka berada di dalam keadaan kejang seperti beku disebabkan oleh kuasa elektrik yang dibekalkan kepada dagu. Kedua biji mata terbeliak dan berpusing-pusing; salah seekor lembu yang bersaiz besar terpaksa diberi arus letrik beberapa kali sehingga ia mengeluarkan raungan suara kesakitan yang sungguh menyayat hati kami. Kami pulang dengan nekad tidak akan memakan daging lembu yang di ‘stun’ lagi. Industri penternakan ayam itik di Malaysia nampaknya adalah lebih moden. Kilang-kilang yang besar seperti Ayamas dan 5 Star menggunakan kaedah ‘stunning’ dengan kuasa elektrik yang rendah. Menurut mereka ia akan membuatkan ayam-ayam berada dalam keadaan ‘letih’ sebelum disembelih. Permintaan kami untuk melawat kilang Ayamas sewaktu MIHAS 2007 telah ditolak atas alasan CEO mereka berada di luar negara. Kami tidak diberi penjelasan mengapa CEO perlu hadir untuk menunjukkan proses penyembelihan halal. Syarikat 5 Star lebih mesra dan membenarkan kami untuk melihat kilang mereka tanpa kehadiran CEO. Selama 10 minit pemantauan di rumah penyembelihan, kami tidak dapat memeriksa secara terperinci tetapi dapat melihat bahawa penyembelih Islam tidak mengucapkan Basmalah / Tasmiyah pada setiap ayam, walaupun selepas 10 ekor. Apabila ditanya adakah ianya halal, wakil Jawatankuasa Halal mereka memberitahu bahawa tasmiyah disebut hanya sekali sekala disebabkan bukan senang untuk menyebutnya untuk setiap ekor . “Semasa awak makan, adakah awak menyebut tasmiyah setiap kali awak memasukkan makanan ke dalam mulut?” Penjaga Halal mencelah. Kemudian barulah kami faham kenapa – 2 orang menyembelih 40 ekor ayam dalam masa 1 minit, maka tidak ada masa untuk mencari berkat daripada Allah! Apa yang paling menarik, kami mendapati syarikat 5 Star tidak menggunakan mesin ‘stunning’ ketika penyembelihan untuk eksport ke Brunei. Apa yang mereka lakukan ialah mengalihkan bekas air ‘stunning’ daripada garisan, kurangkan kelajuan penggantung ayam, dan gantungkan ayam pada gelang besi dengan selang seli dengan tujuan meninggalkan lebih banyak ruang di antara ayam-ayam tersebut untuk pergerakan berkepak. Produktiviti jatuh daripada 49 ke 30 ekor ayam 1 minit tetapi membenarkan lebih lama pengeluaran darah…. Mungkin pada masa sebegitu penyembelih mempunyai lebih masa untuk ingat kepada Allah. Naib presidennya, Mr Prasong Chanyingyong, mengatakan bahawa pilihan pengguna lah yang akan menentukan cara pengeluaran syarikatnya. “Jika anda memberitahu kami supaya tidak menggunakan kaedah stunning seperti yang dilakukan untuk Brunei, kami tidak mempunyai sebarang masalah”, jelasnya. Menurut kenyataan Halal Monitoring Committee (HMC) England pula, kaedah stunning yang membekalkan kuasa elektrik yang rendah juga boleh membunuh ayam yang kurang tahap kesihatan dan saiz yang kecil. Beliau menegaskan, “Tidak ada cara seseorang pengusaha boleh mempastikan tidak ada seekor ayam pun yang mati ketika stunning dan begitu juga, tidak pasti yang mati akan di buang keluar daripada garisan penyangkuk ketika rutin harian. Saya sendiri menjumpai ayam yang mati selepas stunning, di dalam kilang yang dikatakan Halal” jelas Mohamed Benkhelifa, pengerusi HMC. “HMC secara menyeluruh tidak menyokong ‘stunning’ dan tidak mensijilkan halal kepada rumah penyembelihan yang mengamalkan ‘stunning’”, tambah beliau. HMC juga bersependapat dengan Muslim Council of Britain, Halal Monitoring of Canada dan beberapa pertubuhan lain di Barat. Mereka berpendapat kaedah ‘stunning’ adalah lebih traumatik berbanding dengan memotong leher dan daging haiwan yang kejang menyimpan lebih banyak darah berbanding daging haiwan yang tidak mengalami kekejangan. Yang sebenarnya kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu apa itu ‘stunning’ kerana tidak ada perbincangan atau perdebatan terbuka terhadap isu tersebut. Adalah tidak adil apabila pengguna tidak dibantu untuk membuat pilihan. Tetapi dari pengalaman kami, pengguna Islam akan cuba mencari daging yang tidak melalui ‘stunning’ jika mereka diberitahu tentang hakikat sebenar kaedah tersebut. Walaupun industri daging tempatan adalah kecil tetapi secara perlahan, ia pasti meningkat. Kebanyakan pengeluar tempatan tidak berminat untuk menjalankan eksperimen tentang ‘stunning’. Umpamanya Hadhari Cattle di Kedah menyembelih 150 lembu sehari dan di dalam masa 2 tahun, akan mengeluarkan sebanyak 400 ekor dalam sehari. Banyak lagi pusat penyembelihan yang lebih kecil contohnya HS Nada di Selangor menyembelih 5-10 ekor sehari. HS Nada menggunakan alat automatic yang unik untuk membaringkan lembu dan mereka menghasilkan sendiri makanan sayuran bagi ternakan mereka. Sudah pasti akan wujud lebih banyak produk yang lebih baik jika sekiranya pengguna pandai dan menggunakan kuasa memilih. Kuasa memilih ada di tangan kita sendiri. Tetapi Standard Halal dan Pensijilan Halal bukanlah di tangan kita. Selagi mana mereka yang berkuasa tunduk di bawah tekanan dan kehendak kuasa industri mega, selagi itulah akan merosotnya imeg sistem pensijilan halal di kalangan pengguna justeru menjadikan keseluruhan impian melahirkan Piawaian Halal Sedunia tidak bermakna. Kita mendengar tentang kemunculan pasaran global halal dan potensinya. Itu memang benar. Ekoran dari itu, kerajaan Malaysia telah membuka langkah untuk menjadi Hub Halal Sedunia. MIHAS, Halal Journal, Forum Halal Sedunia, Halal Industrial Food Parks dan pastinya MS1500:2004 – standard makanan halal Malaysia yang diharapkan menjadi paksi antarabangsa yang lebih baik daripada ISO atau HACCP. Sementara usaha kerajaan bergegar untuk menjadi ketua kepada industri pasaran global halal patut dipuji, titik pengkritikan utama kita masih tertumpu kepada, “bagaimana kita boleh menjadi pusat halal sedunia jika kita sendiri belum berjaya di dalam negara?” MS1500:2004 adalah satu permulaan yang baik tetapi sangat perlu digubal dan diperbaiki. Tujuan utamanya mestilah melindungi pengguna Islam terlebih dahulu, dan mengharamkan stunning, mesin penyembelihan, penyuntikan hormone, GMO dan pemberian makanan berprotein ternakan yang bersumberkan bahan buangan binatang. Apabila kita telah memiliki piawaian yang kukuh, peringkat kedua ialah undang-undang persekutuan yang tegas, yang boleh menjadi pemangkin bagi perlaksanaannya. Kami di PPIM susah untuk melupakan bagaimana orang Islam Britain yang mengambil bahagian di dalam pameran MIHAS 2007 hanya memilih ikan sebagai makanan, disebabkan mereka tahu kesemua daging yang dijual di tapak pameran telah melalui kaedah ‘stunning’. Selamat datang ke Halal Hub saudara!

Rabu, 30 Mei 2007

Kisah Penjual Daging Rusa

Nih sebenarnye pengalaman sorang kawan saye, dia penah post cite nih kat satu website.. saye bagi korg bacalah yek. Mane tau korg tak penah tau kisah nih..

"Ketika aku di sarawak dulu ( kerja dengan Shell Sarawak), aku teringat akan Iban yang menjual daging rusa. Kalau sekali pandang, memang daging rusa itu nampak segar dan baru disembelih serta enak untuk dipanggang. Penjualnya pula nampak macam muka orang Melayu yang kebanyakannya Islam... Tapi itulah kita yang mudah tertipu dengan pandangan mata dan manisnya kata-kata...Sebelum membelinya aku cuba selidiki dulu tentang latar belakang penjual rusa ini, rupa-rupanya penjual rusa ini ialah Iban yang bukan Islam tetapi rupa seperti orang Melayu yang beragama Islam. Tapi perlu diingatkan, ramai orang melayu Sarawak berketurunan Melanau bukan saja tak sembahyang, kain telekong dan kain sejadah pun tiada dirumah. Kalau bulan puasa, makan siang macam tak posa malah bertanya pula mereka kepada kita " Kitak posa hari tok? Kalau dapat jawapan tak posa, maka berbagai-bagailah hidangan yang dihidangkan dan makanlah umpama raya telah tiba.. tapi anyway ada jugak yang beriman..tapi macam kata P. Ramlee.. kadang-kadang dan jarang-jarang.... Berbalik kepada cite daging rusa tadi setelah aku selidik dan lihat kepala rusa tadi, rupa-rupanya rusa tu tak disembelih tetapi telah dipotong dua ditengah-tengah badannya. Nasib baik aku tak beli, kalau tak makan bangkai rusalah malam tu.... Sebenarnya macam tu jugaklah Islam Hadhari ni... Ia umpama rusa yang nampak sedap tapi sebenarnya bangkai yang tak boleh dimakan. Penjualnya pulak nampak hebat, kalahkan ulamak sebab dia cucu ulamak dan anak ustaz.. Cakap pulak lembut macam nak berbisik kepada bini waktu nak bersama. Tapi sebenarnya dia merupakan penentang Islam dalam senyap. Jadi sesiapa termakan Islam Hadhari, eloklah bertaubat dan ludahkan keluar samalah seperti kalau kita termakan daging rusa yang dijual oleh Iban tadi...

cite asal oleh : enamjahanam