Sabtu, 9 Jun 2007
Pusat Pengeluaran Daging Terunggul
Projek NS Beef Valley di kawasan seluas 4,000 hektar di Gemas bakal muncul sebagai salah satu pusat pengeluaran daging dan tenusu terunggul di negara ini, kata Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Sembilan, Dr Majid Awang.Beliau berkata, projek itu yang membabitkan kos RM37 juta dijangka dilancarkan Ogos ini bertujuan menghasilkan 5,120 tan metrik daging lembu, 2,070 tan daging kambing serta 10.73 juta liter susu setahun menjelang 2010.Menurut Dr Majid, pembangunan Beef Valley merangkumi pembangunan pusat ternakan haiwan Jelai-Gemas di kawasan seluas 400 hektar bagi pengeluaran lembu jantan dan lembu betina untuk pembiakan, memantapan ternakan lembu dan kambing secara integrasi di Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Jelebu dan Rembau, serta pembangunan semula dan pewartaan padang ragut.Beliau berkata, pembangunan itu membabitkan lima komponen termasuk pembangunan ladang ternakan yang membabitkan lembu jantan untuk daging, lembu dara untuk pembiakan, lembu tenusu, kambing pembiak, kambing ‘fidlot’, kambing tenusu dan rusa.Komponen lain ialah pembangunan kawasan tanaman rumput, pusat perkhidmatan dan agro-pelancongan yang membabitkan pembinaan sebuah rumah kelab bagi tujuan pelancongan, kemudahan asas infrastruktur dan kemudahan industri hiliran, katanya.Dr Majid berkata, “Bagi industri hiliran kita bercadang untuk mengadakan pusat jualan baja organik, rumput kering, industri kulit, industri pemprosesan produk tenusu dan daging serta gelatin halal. Para pengusaha yang ingin menyertai projek Beef Valley ini, sama ada individu maupun syarikat perlu memohon kepada jawatankuasa tekinikal projek, yang mana permohonan itu akan diteiliti oleh jawatankuasa penilaian diketuai Unit Perancang Ekonomi Negeri.“Antara kriteria pemilihan penyertaan di kalangan syarikat, ia mestilah sebuah syarikat sendirian berhad, berpengalaman menjalankan perniagaan khususnya perniagaan ternakan, mesti mempunyai tenaga profesional yang pakar dalam penternakan dan 30 peratus ekuitinya milik Bumiputera.” Hala tuju pembangunan industri ternakan di Negeri Sembilan kini berubah dari hanya mengeluarkan ternakan dan produk haiwan kepada pengeluaran makanan berasaskan haiwan dari ladang sehingga disediakan untuk jamuan, katanya.
Disunting dpd Utusan Malaysia, 27 Julai 2005
Disunting dpd Utusan Malaysia, 27 Julai 2005